Daftar

Langkah #5 (Integration Delyva Delivery)

delyva

Tutorial cara integrasi Vendorhub.my dengan perkhidmatan penghantaran dan kurier DelyvaNow untuk memudahkan proses penghantaran anda.

 

Akses kepada lebih daripada 20+ rakan kongsi perkhidmatan kurier secara Percuma. Perkhidmatan penghantaran segera, Perkhidmatan penghantaran hari yang sama, Perkhidmatan kurier hari berikutnya dan perkhidmatan kurier Antarabangsa.


1. Tekan pada Tab eCommerce > Store Details


2. Sediakan Alamat / Lokasi Kedai

Anda perlu menentukan alamat untuk Delyva mengira kadar penghantaran dari alamat kedai anda ke alamat pelanggan anda.


Isi alamat anda dan tekan butang Simpan

Tab-StoreDetails


3. Cipta API Key Delyva

Setelah anda menetapkan lokasi & alamat dalam vendorhub.my, anda memerlukan API Key untuk integrasi. Sekarang log masuk ke akaun Delyva anda https://my.delyva.app/customer.


Belum ada akaun Delyva ?

Sila KLIK DISINI untuk mendaftar akaun Delyva dan mendapatkan API Key anda
Image-5

Selepas log masuk ke dalam akaun Delyva, pergi ke Settings > API Integrations > Pilih "Add New Key", Isi apa-apa nama yang boleh anda ingat, contoh seperti VENDORHUB dan klik pada "Create & View"


Salin API Key, Company ID, User ID, & Customer ID kerana kami memerlukan maklumat ini untuk diletakkan pada tetapan vendorhub.my

Delyva API

Gambar Contoh


4. Integrasi API antara Delyva > vendorhub.my

Pada Dashboard anda, pergi ke https://app.vendorhub.my/setting/delyva (Settings > Delyva Delivery) Isikan maklumat yang anda salin sebelum ini pada Dashboard Delyva (Company ID, User ID, Customer ID & API Key


Notifikasi SMS (Akaun Percuma) / WhatsApp (Akaun Pro)

Anda boleh memilih untuk mendapatkan notifikasi dari system delyva, Tandakan pada fungsi yang anda mahukan dan klik butang "Simpan" di bawah.

Tab-Delyva