
1. Mula-mula kita perlu masukkan maklumat tentang produk kita dulu.
2. Tekan pada database, pergi pada senarai produk.
3. Anda akan nampak ada satu tab biru "tambah" pada sebelah kanan. Tekan tab itu.

1. Akan keluar gambar borang Maklumat Produk seperti dalam gambar.
2. Tuliskan Nama produk anda, kita ambil contoh kita nak jual serunding. Anda boleh tulis "Serunding Kampung Laut -Daging"
3.
Di bahagian penerangan anda boleh masukkan details tentang berat atau
berapa pek satu set. Jika anda ada 3 variasi berat. Letakkan satu berat
dulu. contoh kita masukkan berat 500g dulu. then untuk yang 1kg kita
kena buat senarai produk yang baru. Jika serunding ada 3 variasi berat.
Maka akan ada 3 pilihan untuk serunding daging.
4. Kategori anda boleh tambah kemudian, jika anda ada macam produk anda boleh setkan label untuk produk anda.
5. Letakkan harga jual tetap, tidak termasuk kos penghantaran. Kos penghantaran kita akan set pada borang lain.
6. Letakan harga kos/modal produk. (Anda boleh biarkan ia kosong)
7. Anggaran barang produk itu dalam KG, jika berat kurang 1KG anda boleh isi 0.5KG untuk 500g
8. Kuantiti Maksimum. Kuantiti maksimum yang boleh prospek anda pilih untuk sekali order. Pastikan seiring dengan kos penghantaran anda. (Kami syorkan untuk anda letak jumlah tidak lebih dari 10)
9. Baki stok semasa. Bilangan stok yang ada pada anda sekarang.
10. Tab "Aktifkan di e-dagang" biarkan ia Aktif.
11.
Ada satu tab "Aktifkan Pengurusan Stok" jika anda on kan fungsi ini.
Baki stok semasa akan dikemaskini secara auto setelah tolak bilangan yang
dibeli.
12. Jika produk anda mempunyai variasi, aktifkan tab ini. Rujuk gambar contoh dibawah sebagai rujukan.

13. "Pilih Direktori" adalah langkah dimana anda perlu buat tetapan untuk kategori produk anda.
14. Tekan butang Simpan dan anda akan di bawa ke halaman seterusnya iaitu muat naik gambar. Letak gambar product yang paling cantik, Gambar yang menarik akan mempengaruhi pembelian. Selepas itu tekan Save.
15. Jika anda ada banyak product ulang langkah 1-14 sekali lagi. Lengkap semua produk, dengan semua variasi yang anda ada.